Thursday, January 26, 2012

Resipi bubur kacang hijau

the original recipes from eimoy's kitchen

bahan-bahan

kacang hijau
gula/gula melaka
santan
daun pandan
halia(ikut suka)/durian
secubit garam

cara menyediakan

1. cuci bersih kacang hijau
2. rebus hingga kembang
3. masukkan daun pandan, gula&halia/durian, masak hingga sebati
4.masukkan santan dan secubit garam.
5.perlahankan api, kacau rata
6.sedia dihidang

pesanan eimoy's kitchen:
1. kalau anda amatur, pastikan kacang hijau tidak terlalu banyak, kerana ia akan mengembang
2. Jika ingin cepat kembang, sanganlah dahulu kacang hijau.
3. cukuplah sedikit santan, yg penting kualitinya.

Monday, January 23, 2012

RESIPI IKAN PECAL

the original recipe of eimoy kitchen

bahan-bahan

ikan kembung saiz XL@L (digoreng)
santan pekat
cili api( dikisar kering)
belacan(ditumbuk)
garam
limau kasturi

cara menyediakan

1.renih santan, belacan, cili api dan garam di atas api.
2.kacau dengan api perlahan sehingga pekat.
3.setelah masak tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
4.perahlah limau kasturi di atas hidangan tadi

PESANAN eimoy kitchen's
sedap dimakan dengan nasi lemak herba/ nasi panas

RESIPI NASI LEMAK HERBA

the original resipi from my kitchen (eimoy kitchen)

bahan-bahan

beras (direndam 1jam awal)
serai (dihiris)
bawang kecil (dibelah empat)
halia (diketuk)
daun pandan (disimpul) / daun salam(disiat-siat)
santan pekat
garam

cara menyediakan
1.masukkan beras yg sudah dicuci dan semua bahan kedalam periuk nasi elektrik& gaul rata.
2.biarkan nasi mendidih, kacau sekali. biarkan masak.
3.hidangkan dengan sambal bilis, telur rebus, bilis goreng dan timun.

pesanan eimoy kitchen:
1. jangan berlebihan air, nasi akan lembik. pastikan jumlah air/santan sesuai dgn beras jenis yg digunakan.
2. jgn kacau selalu untuk mgelakkan beras hancur dan lembik.

Monday, October 12, 2009

onde-onde buah melaka


resepi onde-onde buah melaka

bahan-bahannya:
bahan A:
1.tepung pulut
2.pewarna hijau
3.garam
4.air
bahan B:
1. gula melaka(dipotong kecil)
2.kelapa parut.

cara membuat:
1.campurkan air, pewarna hijau dan garam.
2. masukkan campuran tadi kedalam tepung pulut sehingga boleh diuli.
(pastikan adunan tidak terlalu lembut atau keras)
3. ambil sedikit adunan . bulatkan dan masukkan gula melaka ke dalam adunan yang digentel dalam saiz yang kecil. buat banyak-banyak sampai tepung habis ye!
4. panaskan air dalam periuk. bila air mendidih masukkan bulat-bulat tu.
5. bila bulat-bulat tu terapung angkat dan gulingkan atas kelapa parut.
6. boleh dihidangkan.

pokok melaka


Pokok ini banyak terdapat di hadapan muzium melayu melaka. Buahnya kecil-kecil dan boleh dibuat jeruk.